TERMA & SYARAT PESERTA

1. Kelayakan Umur Peserta

Saya memahami bahawa hanya individu yang berumur 18 tahun ke atas sahaja dibenarkan menyertai program ini. Dengan penyertaan saya, saya mengesahkan bahawa saya memenuhi syarat umur tersebut.


2. Tujuan Program & Penafian Nasihat

Saya memahami bahawa program ini adalah untuk tujuan pendidikan dan latihan semata-mata.
Program ini tidak memberikan nasihat kewangan, pelaburan atau cadangan pembelian atau penjualan mana-mana produk kewangan.

Sebarang keputusan berkaitan pelaburan atau aktiviti dagangan adalah dibuat atas tanggungjawab dan pertimbangan saya sendiri sepenuhnya.


3. Penjadualan Program

Saya memahami bahawa:

  • Tarikh, masa atau sesi program tidak boleh ditukar, ditunda atau dipindahkan ke sesi, seminar atau tarikh lain atas permintaan peserta.

  • Ketidakhadiran peserta tidak melayakkan sebarang penjadualan semula atau tuntutan gantian.


4. Keperluan Teknikal

Saya bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan:

  • Sambungan internet yang stabil

  • Peranti yang sesuai

  • Kuota data mencukupi

sepanjang tempoh program berlangsung. Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang gangguan teknikal di pihak peserta.


5. Perubahan Jadual oleh Penganjur

Saya memahami bahawa pihak Penganjur berhak untuk membuat sebarang perubahan berkaitan:

  • Tarikh

  • Masa

  • Lokasi

  • Platform program

Sebarang kos tambahan yang timbul akibat perubahan tersebut adalah tanggungjawab peserta sepenuhnya.


6. Hak Cipta & Harta Intelek

Semua bahan pembelajaran, modul, kandungan, metodologi, sistem, kaedah aplikasi AI serta apa-apa perkongsian yang disampaikan adalah hak milik eksklusif Dato’ Dr. Nazri Khan (DDNK) dan/atau DDNK Holdings Sdn Bhd.

Penggunaan bahan-bahan ini adalah tertakluk kepada:

  • Akta Hak Cipta 1987

  • Akta Cap Dagangan 1976

Saya bersetuju bahawa saya dilarang sama sekali untuk:

  • Merakam, menyalin, menyebar, mengedar atau menerbitkan semula

  • Mengajar, melatih atau memindahkan ilmu kepada pihak ketiga

  • Berkongsi pautan akses program

tanpa kebenaran bertulis daripada Penganjur. Pelanggaran terma ini boleh mengakibatkan tindakan undang-undang serta tuntutan ganti rugi sepenuhnya.


7. Larangan Program & Aktiviti Tanpa Kebenaran

Penganjur melarang mana-mana pihak untuk:

  • Menganjurkan program atau latihan yang menyerupai Mula Trade

  • Menggunakan nama, konsep, kaedah atau struktur latihan yang seumpamanya

tanpa kebenaran bertulis daripada Penganjur dan Dato’ Dr. Nazri Khan.

Selain itu, sebarang aktiviti seperti:

  • Pengambilan data atau maklumat peserta

  • Penjualan produk atau perkhidmatan

  • Aktiviti promosi atau komersial

sama ada di dalam atau di luar program tanpa kelulusan bertulis adalah dilarang sama sekali.


8. Penggunaan Robot, Sistem & Trading Tools

Saya memahami bahawa sebarang robot, sistem atau alat dagangan (trading tools) yang diperkenalkan adalah untuk tujuan pembelajaran sahaja.

Tiada jaminan pulangan (guaranteed return) diberikan dan sebarang keuntungan atau kerugian adalah tanggungjawab saya sepenuhnya.


9. Terma Harga Promosi, Bayaran & Deposit

Saya memahami bahawa:

  • Harga promosi atau diskaun hanya sah dalam tempoh yang ditetapkan

  • Semua bayaran pendahuluan atau bayaran penuh tidak boleh dikembalikan selepas tamat tempoh promosi

  • Pembatalan penyertaan tidak melayakkan sebarang bayaran balik

Sebarang deposit yang tidak digunakan sepenuhnya dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh pembayaran adalah terbatal secara automatik (burn) dan tidak boleh dikembalikan.


10. Prestasi, Risiko & Penafian Tanggungjawab

Saya memahami bahawa:

  • Prestasi masa lalu tidak menjamin prestasi masa hadapan

  • Semua contoh, analisis dan maklumat adalah untuk tujuan pendidikan

  • Sebarang strategi tidak menjamin keuntungan dan boleh mengakibatkan kerugian modal

Aktiviti pelaburan dan dagangan melibatkan risiko yang signifikan dan mungkin tidak sesuai untuk semua individu. Saya dinasihatkan agar:

  • Tidak melabur melebihi jumlah yang sanggup ditanggung kerugiannya

  • Menilai objektif, pengalaman dan toleransi risiko sendiri

  • Mendapatkan nasihat daripada pakar kewangan bertauliah jika perlu

Maklumat yang disampaikan tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.


11. Perlindungan Data Peribadi

Pihak Penganjur tidak akan mendedahkan maklumat peribadi peserta kepada mana-mana pihak yang tidak berkaitan tanpa kebenaran, selaras dengan undang-undang perlindungan data yang berkuat kuasa.


12. Keperluan e-Invois & Maklumat Cukai

Peserta wajib memastikan TIN (Tax Identification Number) dan nombor kad pengenalan dilengkapkan dengan tepat bagi tujuan pengeluaran e-Invois, selaras dengan keperluan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 dan pelaksanaan sistem e-Invois yang berkuat kuasa.


13. Pembatalan Penyertaan

Penganjur berhak membatalkan penyertaan mana-mana peserta dengan serta-merta sekiranya peserta didapati melanggar mana-mana terma dan syarat ini atau arahan yang dikeluarkan di bawah SOP program.